Semalam berkesempatan berkongsi pengalaman bersama guru dari PPD Dalat, Sarawak untuk tajuk laluan Guru Cemerlang.
Alhamdulillah, ramai jugak yang join. Dari serata Malaysia pun ramai. Ini lah untungnya kita ada teknologi.
Dari awal saya nyatakan bahawa usaha menjadi Guru Cemerlang, bukan usaha sehari. Perlu ada perancangan dan strategi nak capai.
Konteks dia luas. Ada sumbangan, ada perkongsian, ada penulisan, ada inovasi, ada amalan terbaik dan ada pencapaian.
Persepsi guru juga harus berubah, daripada anggap GC sebagai satu bebanan, kepada GC adalah satu tanggungjawab. Tanggungjawab kita pada murid, pada diri (sebagai guru), dan juga pada sistem.
Selalu tanya diri sendiri, guru yang macam mana aku nak jadi pada akhirnya.
Terima kasih tak terhingga dan Syabas juga buat PPD #Dalat atas inisiatif penganjuran. Semoga ramai guru yang dapat inspirasi dan manfaat. 💕
0 Ulasan