About Me

Simulasi Dari Industri: Penulisan Jurnal "My Sawit Journey"

Sambungan kepada eksperimen ekstrak kelapa sawit semalam, hari ini saya minta murid untuk buat satu journal yang dinamakan, MY SAWIT JOURNEY.
1. Mereka kena TULIS apa yang mereka buat semasa aktiviti semalam. Cerita pasal cuci buah, panas kan dan bla bla bla. Karang guna bahasa sendiri.
2. Kemudian, pada satu bahagian lagi kertas, saya minta murid senaraikan 7 PROSES yang terlibat dalam pengekstrakan kelapa sawit secara Industri. Yang nih diorang guna STICKER saja. Cepat sket, plus colourful.
3. Dengan menggunakan highlighter, murid akan GARIS apa perbuatan mereka pada aktiviti 1 yang merujuk kepada 7 proses seperti pada sticker. Kena tagging siap.
4. Jadi murid ble nampak dan paham, apa tindakan mereka semalam semasa eksperimen, yang SAMA dengan proses sebenar yang berlaku di Industri.
5. Paling penting murid, tahu KENAPA dan MENGAPA pentingnya proses tersebut semasa mahu proses kelapa sawit.
Siap semuanya, murid berKONGSI apa yang mereka tulis. Secara tak langsung membantu murid menulis pengalaman Sains mereka semalam dengan lebih baik.
Bahan bertulis tadi tu terus dilekatkan dalam buku sebagai NOTA. Jimat masa. Buat aktiviti, terus dapat siap nota sekali! 💕
#kelapasawit #PAK21 @ Smk Jerlun





Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Raise your name on the leaderboard ETECHUPS
    The achievements you gain as the game progresses will be saved on the achievement board.

    BalasPadam