Zaman sekarang, Artificial Intelligence (AI) atau Kepintaran Buatan adalah perkara yang sangat trending dalam kalangan guru di bidang pendidikan. Tak mahu ketinggalan dengan bidang-bidang lain, guru-guru juga boleh menggunakan potensi AI dalam bilik darjah, lebih lagi untuk aktiviti dalam kelas. Jom kita tengok 5 cara bagaimana guru boleh gunakan AI, Artificial Intelligence dalam kelas sebagai aktiviti PdPc.
1. Pembelajaran Peribadi (Personalized Learning)
Menuju abad digital sekarang, murid sudah boleh ada akses kendiri yang sangat tinggi kepada Pembelajaran Peribadi. Maka untuk itu, platform AI seperti Knewton atau Smart Sparrow boleh menyesuaikan kandungan pembelajaran mengikut keperluan dan tahap pemamahan setiap murid.
AI Untuk Pendidikan: 5 Cara Gunakan AI Artifical Intelligence Dalam Kelas Untuk Guru |
Ini secara tak langsung membolehkan murid untuk belajar mengikut tahap mereka dan menerima bahan yang sesuai dengan kelemahan dan kekuatan belajar mereka. Hebat kan?
2. Sistem Pembantu Pembelajaran Pintar (Intelligent Tutoring Systems)
Mesti ramai tak tahu bahawa ada sistem tutor pintar yang boleh digunakan seperti Carnegie Learning atau IBM Watson Tutor. Sistem ini memberi sokongan secara real-time kepada murid untuk menjawab soalan, feedback segera atau membantu murid untuk memahami konsep yang sukar.
AI Untuk Pendidikan: 5 Cara Gunakan AI Artifical Intelligence Dalam Kelas Untuk Guru |
Penggunaan aplikasi ChatGPT dengan berkesan juga mampu menjadikan pembelajaran dalam kelas lebih menarik dan mengujakan! Dapatkan Buku AI Guru: Mahir AI Generatif Menggunakan Prompt Engineering Framework di SINI
3. Analisis Ramalan Untuk Pantau Kemajuan Murid
Yang ini mungkin agak rare. Tapi sebenarnya ada aplikasi AI yang mampu memantau prestasi murid secara berterusan, iaitu Learning Analytics atau Edmodo. Aplikasi ini bukan saja mampu menganalisis, tetapi juga meramal dengan mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan tambahan. Menarik lagi, ia juga dapat memberi amaran awal kepada guru untuk mengambil tindakan yang sesuai. Padu betul!
AI Untuk Pendidikan: 5 Cara Gunakan AI Artifical Intelligence Dalam Kelas Untuk Guru |
4. Cipta Bahan Kandungan Pembelajaran
Kini mencipta bahan kandungan pembelajaran jadi semakin mudah dengan AI. Alat seperti Quiilionz atau ScribeSense dapat membantu guru dan murid untuk membina kandungan pembelajaran seperti soalan kuiz. nota ringkas, serta bahan pembelajaran yang interaktif. Dah tentu masa penghasilan bahan dapat dipercepatkan lagi dengan hasil kandungan yang mestinya berkualiti tinggi. Senang kerja cikgu lepas nih kan?
Kalau tak ada idea nak hasilkan bahan apa, boleh saja ke ChatGPT, gunakan prompt yang betul, nanti beratus-ratus cadangan idea menarik akan dicadangkan. Mudah sangat!
AI Untuk Pendidikan: 5 Cara Gunakan AI Artifical Intelligence Dalam Kelas Untuk Guru |
5. Simulasi dan Pembelajaran Berasaskan Permainan (Gamified Learning)
AI juga sebenarnya boleh diintegrasikan dalam simulasi dan permainan pendidikan seperti Minecraft: Education Edition atau pun aplikasi Labster. Simulasi yang dikuasakan oleh AI ini boleh memberikan pengalaman pembelajaran yang lebih mendalam dan menarik. Secara tak langsung membolehkan murid untuk berlatih kemahiran dalam persekitaran yang selamat dan terkawal. Murid-murid mesti seronok sangat nih.
AI Untuk Pendidikan: 5 Cara Gunakan AI Artifical Intelligence Dalam Kelas Untuk Guru |
Penggunaan AI dalam aktiviti PdPc dalam kelas oleh guru tentunya boleh meningkatkan keterlibatan murid, dan menyediakan sokongan yang lebih berkesan kepada mereka untuk belajar. Tapi paling penting adalah bagaimana penggunaan AI dalam kelas ini mampu memperibadikan pengalaman pembelajaran kepada murid kita. Murid suka belajar, guru gembira mengajar!
p/s: Untuk guru belajar menulis prompt (arahan) yang lebih baik dalam aplikasi ChatGPT bagi result yang lebih baik, boleh dapatkan buku AI Untuk Guru. Cepat tau, sementara stok masih ada!
9 Ulasan
Terbaik perkongsian AI Cikgu Hailmi. TQVM Cikgu
BalasPadamVideo games can improve mental bitlife flexibility and adaptability. Players often face unexpected challenges, requiring them to adapt their approach and think outside the box.
BalasPadamIn the well-known and storied 2D arcade game Dinosaur Game, your task is to help the T-Rex dinosaur across the wide desert. Join today to enjoy yourself!
BalasPadamI have to thank you for the efforts in this blog. the quality is good thanks
BalasPadamExtremely pleasant and fascinating post. Continue posting. We're waiting Thanks
BalasPadamThanks for sharing. It is such a very amazing post. Great job you made in this post
BalasPadamI am happy to find this way of writing the post. Thank you for this useful info
BalasPadamMenggunakan AI dalam pendidikan dapat membuka peluang baru untuk para guru! AI bisa membantu menciptakan metode pembelajaran yang lebih interaktif, seperti asisten virtual untuk menjawab pertanyaan siswa, alat penilaian otomatis, dan materi belajar yang dipersonalisasi. Selain itu, digitizer service bisa digunakan untuk membuat bahan pelajaran yang menarik, seperti logo atau emblem sekolah yang dibuat secara digital dan dapat diaplikasikan pada seragam atau bahan pembelajaran lainnya. Dengan mengintegrasikan teknologi seperti digitizer service dalam kelas, guru bisa menghadirkan pengalaman belajar yang lebih dinamis dan menyenangkan. Teknologi ini adalah investasi yang akan mendukung perkembangan pendidikan masa depan!
BalasPadamAI Untuk Pendidikan: 5 Cara Gunakan AI Artifical Intelligence Dalam Kelas Untuk Guru is the best for many of us to get the ideas that are good to provide us what we need to know. You can see here the ideas that can provide us what we need to know here.
BalasPadam